Saturday, May 24, 2008

3.kecurian

ada juga kecurian berlaku di masjid..spt kecurian kasut,jam tangan dan lain lain

8 comments:

i n a d i a z said...

kechurian.jam.kasut.tidak penting.semuanya harta yang tidak berkekalan.yang sepatutnya dititik beratkan.kechurian makmum.yang semakin hilang akibat mengejar dunia.dunia yang dicipta oleh mereka yang mampu memanipulasikan keadaan sehingga hamba yang sepatutnya mengerjakan suruhan-Nya sanggup merelakan diri dichuri.sekadar pendhapat.mungkin ramai yang maseh belom melihatnya secara halus.

Anonymous said...

Ijad,

Saya faznita, di dalam blog saya saudara ada bertanya samada saya minat politik? Terimakasih kerana sudi meninggalkan komen di blog saya.

Saya tak minat nak berpolitik tapi saya memang ambik tahu. Saya ingat satu pusi dari arwah Usman Awang. Saya tak ingat bait-bait puisi tu tapi saya ingat mesejnya. Kata arwah, minat ke tak minat politik ke itu terpulang pada empunya diri masing-masing tapi masing-masing mesti kena ambik tahu kerana politik itu umpama akar kepada sesuatu pokok. Kalau akarnyanya baik maka baiklah lah pokok tersebut. Contohnya suasana politik di Malaysia stabil (terutamanya masa pemerintahan Tun) oleh itu negara makmur, ramai org boleh berniaga dan sebagainya.

Saya suka mengambil kata-kata yang saya dengar keluar dari mulut rakan-rakan sekerja saya yang berbangsa Cina. Mereka kata orang Melayu terhutang budi pada kaum mereka kerana disebabkan oleh kaum mereka yang rajin dan berniaga secara besar-besaran lah maka negara Malaysia ini maju dan menjadi hebat. Kalau nak di harapkan orang Melayu yang hanya mendabik dada sebagai kaum peribumi negara Malaysia ini tidak ke mana-mana. Saya tergamam mendengar kata-kata tersebut.

Saya memang tahu orang kaum lain memang tidak berpuas hati dengan kaum Melayu yang menjadi tuan negara ini. Tapi apabila mendengar kata-kata tersebut saya tetap tergamam.

Pada mulanya saya tidak terfikir akan jawapan yang sesuai untuk rakan sekerja saya ini. Tapi akhirnya saya dapat jawapannya. Ya betul orang Cina pegang ekonomi negara Malaysia ini tapi jikalau tidak kerana orang Melayu terutamanya yang dengan begitu bijak sekali mentadbir politik negara maka orang Cina tidak akan dapat berniaga dengan aman.

Apa mereka fikir orang-orang di Afrika tidak pandai berniaga?? Tidak ada yang rajin?? Malahan di negara asal mereka sendiri ramai rakyat yang rajin namun banyak kawasan yang masih mundur, pembangunan banyak ditumpukan di Beijing, Shanghai dan bandar-bandar besar lain.

Kemakmuran sesuatu negara dan kawasan sangat bergantung kepada kestabilan politik dan kebijaksaan pentadbir. Di Afrika misalnya kemakmuran begitu jauh dalam kamus kehidupan rakyat kerana tidak ada kestabilan politik, apatah lagi hendak membangunkan ekonomi. Di negara China pemerintah tidak menekankan pembangunan kepada semua kawasan hanya di kawasan-kawasan yang terpilih sahaja.

Oleh itu janganlah sesiapa mendabik dada mengatakan orang Melayu tiada sumbangannya pada negara ini. Kalau orang Cina mampu nak bukak gedunag sebesar sebuah negeri sekalipun tetapi tiada prasarana dan kawalan yang baik dalam negara tersebut ini tidak akan tercapai. Bangsa lain dapat hidup senang lenang di Malaysia kerana faktor politik juga.

Oleh itu sekali lagi saya tekankan kita tidak mampu lari dari politik. Nabi Muhammad s.a.w. pun salah satu agenda utamanya selepas berhijrah ke Madinah adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sebuah negara pemerintahan Islam. Pemilihan gabenor, pemilihan khalifah semua ini masuk dalam bidang ilmu politik. Politik tidak kotor, politik adalah sati ilmu dan sistem pemerintahan tetapi manusia yang mengotorkannya.

Selamat berkenalan saudara Ijad.
P/s saya suka blog saudara.

azlishukri said...

saya suka blog saudara..menarik dan membawa banyak makna kehidupan beragama, teruskan usaha ini

Zaid@Zaidel said...

Pada saya lah faktor kecurian ini berlaku antara penyebab utamanya ialah kita tidak membayar zakat. Ingat, Allah itu Maha Adil.

Selain itu kecuaian kita sendiri, yang merupakan asbab kenapa berlaku kecurian tersebut. Wallahu`aklam.

Faisal Admar said...

Benda ni, dari saya kecil sampai le besar masih keliru kenapa ada orang sanggup mencuri di dalam masjid. Di balai polis takut pula? Manusia lebih takut akan manusia sendiri dari tuhan yang menjadikan segala-galanya. Pelik, tapi inilah yang terjadi.

Unknown said...

salam perjuangan...

kecurian yang berlaku merosakkan imej islam...

sebagai tempat yg suci pun tak selamat, di manakah amanahnya umat islam di tempat lain?

izza farihana said...

every time my dad and brothers nak pegi semayang jumaat, my mum slalu pesan, pakai selipar jepun je..

kat masjid, memang banyak kes hilang barang..hilang barang is a polite way to say it daripada the word 'curi'..

i pun hairan, kat masjid/surau pun nak mencuri..kalau niat tu nak mencuri, baik semayang kat umah je.

n yes, it gives negative image to the muslim society..

MiSzEniGmA said...

salam!
thanks sebab sudi singgah ke blog sy yg tak seberapa tu. i like yours too sebab banyak gambar..hbeg sy penah penah hilang bukan dlm masjid tapi surau. tempat ibadat pun, orang nak bt dosa,kan? salam perkenalan :)