Sunday, September 21, 2008

24..aidilfitri

beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 syawal.hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa sepanjang ramadhan ini.bagaimana persiapan raya kali ni ya.. baju raya ,kasut raya..kuih raya..dah bersedia ke lum..hari raya nanti bolehlah kita makan kuih raya kan..lemang,ketupat,rendang,sate.. laksa..jangan lupa sembahyang raya ya..sempena ini saya ingin mengucapkan selamat aidilfitri kepada semua terutama chatter cenelmasjid server dalnet dan webnet serta blogger yang setia berkunjung ke sini.saya menyusun sepuluh jari..maaf zahir batin.oh ya.. berhati hati di jalan raya ya..

Saturday, August 23, 2008

23.gathering

sempena menyambut hari kemerdekaan dan bulan ramadhan...kita adakan satu gathering.tarikhnya 31.ogos.2008 tempatnya di kawasan menara jam di kawasan masjid negeri kuantan pahang.masanya jam 2 petang hingga 4 petang.join ya..sambil menikmati keindahan bandar kuantan.join ya...

Thursday, August 14, 2008

22.management

management amat penting dalam organisasi.management di masjid pula.. biasanya ada seorang pengerusi.di bawahnya terdiri dari ajk.anatara ajknya adalah pak imam,bilal,pak khatib,tok siak,bendahari,setiausaha dan lain lain lagi.mereka bersama sama uruskan masjid.di harapkan ahli masjid juga boleh lah di kumpulkan.katakan terdapat 1000 ahli masjid.maka ahli masjid tadi boleh lah di bahagikan group.group A,group B dan seterusnya.dengan adanya ahli masjid yang ramai... ianya akan memudah kan aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan berkesan seperti aktiviti gotong royong membersihkan masjid,jamuan,sembelihan korban dan bermacam macam lagi aktiviti.

Thursday, August 7, 2008

21.interior

di masjid ada juga kelengkapan seperti rak kasut,rak untuk letakkan quran,letakkan sejadah,letakkan kitab.kalau masjid tu ada bilik dapur.. rak dapur boleh juga di letakkan.jadi dengan ada nya rak tadi... kasut kasut atau selipar akan kelihatan kemas..kitab ,quran,surah yasin akan kelihatan kemas juga dan lain lain..kalau sudah baca ..masukkan kembali di dalam rak tadi ya. jangan lah bertaburan di atas lantai.sejadah pun boleh juga di masukkan di dalam rak .kalau tidak..najis cicak akan jatuh di atas sejadah tadi.kerap kali juga kita kena buka rak.. kalau tidak..quran dan kitab akan di makan lipas atau pun anai-anai.mimbar juga ada di dalam masjid.kalau kelengkapan tadi rosak..kita boleh lah perbaiki secara gotong royong .dengan cara gotong royong ini akan menjimatkan duit masjid.

Friday, August 1, 2008

20.mikroproseser

sekiranya mikroproseser rosak.. maka komputer akan tak dapat berfungsi lagi.masjid boleh di umpamakan sebagai mikroprosser.masjid adalah hati pada masyarakat.kalau masjid tidak berfungsi dengan baik atau.. masyarakat menjauhi masjid.. maka aktiviti masyarakat akan hadapi masalah..seperti politik,ekonomi,sosial dan lain lain akan mudah rebah.

Thursday, July 24, 2008

19.binaan

satu pembinaan itu mestilah berkualiti.kualiti tu bermaksud kukuh,cantik,selesa dan sebagainya.kalau di bina jambatan siap pada tahun ni..maka janganlah tahun depan jambatan tu mulai retak dan tahun seterusnya ianya runtuh..ianya akan membahayakan orang ramai.begitu juga dengan masjid.binaan masjid mestilah berkualiti.kubah masjid mestilah di buat dengan baik.fungsi kubah adalah untuk serapkan suara dari pak imam dan
suara tu akan di pantulkan keseluruhan masjid.ini bermakna tak perlu pakai mikrofon dan speaker lagi.ini akan menjimatkan kos bil elektrik dan juga kos peralatan tadi.masjid juga perlu menggunakan cermin-cermin yang berwarna warni dan di pasang secara terbuka.dengan gunakan cermin ini maka cahaya matahari dapat masuk ke dalam masjid.jadi
suasana dalam masjid lebih cerah..ini bermakna dapat juga kurang kan bil elektrik..dan di dalam masjid lebih sejuk dan segar kerana cermin di pasang secara terbuka.di mana udara segar dapat masuk ke dalam masjid .ini juga dapat jimatkan kos bagi mengantikan kipas angin.begitu juga ada warna warni dalam masjid kerana cermin yang berwarna tadi seperti berada di alam pelangi.lantai masjid juga perlulah di buat dari marmar.ini akan menambahkan lagi kesejukan dalam masjid...kalau tidak... maka panaskan ahli jemaah.di sekeliling masjid perlukan tanam pokok yang berbau harum seperti daun pandan,bunga ros dan lain lain lagi supaya masjid akan sentiasa harum mewangi..penggunakan injap pada aliran air dari tangki simpanan akan menamhahkan tekanan air..jadi tak perlulah bekalan air dari luar.pada waktu malam pula lilin yang boleh bertahan selama setahun boleh juga di nyalakan..dengan bantuan cermin pada dinding masjid.. maka masjid akan kelihatan bercahaya..siapa ada idea lain.. silakan..

Friday, July 18, 2008

18.tsunami

tsunami berlaku pada 26/12/2004..berpusat di acheh..air naik setinggi 13 meter..menyebabkan ramai terkorban melebihi 100,000 nyawa..terdiri dari kanak-kanak,orang dewasa dan orang tua.tsunami turut melanda malaysia,thailand,india,sri langka dan lain lain.tsunami telah memusnahkan harta benda seperti rumah,ladang,kedai dan lain lain lagi.barang perabot rumah turut musnah seperti tv,kipas,komputer,peti sejuk dan lain lain.tsunami juga telah memusnahkan haiwan ternakan seperti ayam,itik,kambing dan lain lain lagi.ada juga yang terselamat seperti masjid.jadi masjid telah di gunakan sebagai tempat penginapan ,mereka juga dirikan khemah,masjid juga di gunakan sebagai pusat perubatan bagi merawat yang sakit..masjid juga di gunakan sebagai tempat meeting dan lain lain lagi..di dalam masjid juga mereka berdoa supaya ahli keluarga mereka selamat dari bencana tsunami.orang ramai turut menyumbangkan wang ringgit pada mereka..

Friday, July 11, 2008

17.fitnah

fitnah adalah sesuatu yang tak baik..ia akan memberi kesan yang negetif kepada masyarakat..di mana masyarakat akan bergaduh sesama sendiri dan akhirnya mereka tidak bersatu padu.bila ini berlaku maka negara akan tidak stabil lagi.kemudian kita tidak dihormati oleh masyarakat dunia.fitnah boleh di mana mana..di pasar,di sekolah,di rumah di pejabat dan sebagainya.paling penting sekali ialah bagaimana kita hadapi fitnah tu.salah satunya kita kena berpengetahuan.bila kita berpengetahuan maka bolehlah kita dapat bezakan mana kaca dan mana satu berlian.Di masjid ada kuliah.dari kuliah tu kita akan mendapat pengetahuan.Ustaz mengajar banyak ilmu.antaranya ilmu tafsir,hadis,fekah dan sebagainya.
dalam ilmu fekah ..ustaz mengajar bab ibadat seperti sembahyang,puasa dan sebagainya..ustaz juga ajar bab politik seperti bagaimana pemimpin di lantik seperti perlantikan saidina abu bakar,umar,osman dan saidina ali.ustaz juga ajar bab ekonomi seperti jual beli,riba dan lain lain.bab sosial seperti perkahwinan,penyusuan dan lain lain lagi.bab kehakiman juga.. bab undang undang juga seperti hudud,qisos..contohnya bila A bunuh B.. maka jika waris si B maafkan .. maka si A boleh bebas dan lain lain lagi.. bab sumpah ada juga ustaz ajar.

Friday, July 4, 2008

16.handset

handset sekarang semakin canggih..boleh buat call,sms,mms,ambil photo..ada tv,
radio dan lain lain lagi..handset di pakai dalam banyak kerja..seperti ketika berjalan,memasak,sambil tenguk tv dan bermacam lagi..Di masjid ada juga bawa handset tetapi terlupa nak offkan handset..ketika imam baca fatihah maka kedengaran dari handset bermacam bunyi seperti anak kucing,ayam berkokok dan lain lain lagi..ini akan menganggu jemaah sedang sembahyang kan..jadi bagaimana nak atasi masalah ni..mungkin dapat di ciptakan teknologi untuk offkan handset atau block signal dari sampai ke handset itu atau ..ada cadangan lain silakan...

Friday, June 27, 2008

15.duit

semua orang suka duitkan...kalau ada duit kita boleh beli macam macam seperti beras,gula,kasut sekolah,basikal,bayar hutang dan lain-lain lagi.ada masanya kita kekurangan duit dan ada masa nya kita kelebihan duit.semasa kita kelebihan duit..kita bolehlah bersedekah..di masjid ada beberapa tabung duit..sedekah lah rm1 ke rm2 ke..bergantung pada kemampuan masing masing..banyak sedekah maka banyak lah pahalakan..siapa ada idea lagi.. silakan...

Friday, June 20, 2008

14.sukan

kedapatan juga padang bola berhampiran masjid..di situ berbagai aktiviti di jalankan seperti bermain bola,berjogging dan sebagainya.. bersukan penting kerana fikiran cerdas terletak pada badan yang sihat kan..demam euro2008 begitu terasa sehinggakan sebelum asar dan selepas magrib mereka masih berada di padang..ada juga perjudian dalam euro2008 di mana mereka bertaruh rm10,rm100 dalam satu satu perlawanan.tak boleh tu kan..siapa ada nak komen silakan..

Thursday, June 12, 2008

13.ekonomi

ada juga di sediakan tapak perniagaan sementara di sekitar kawasan masjid disitu ada di jual bermacam macam spt kayu sugi,tasbih,songkok,minyak atar,kurma,madu lebah dan lain lain.Biasanya perniagaan di jalankan pada hari jumaat..ramai orang.maklumlah nak dapat duit lebih skit.zaman inflasi katakan..harga petrol dah naik,jadi kenalah cari pendapatan lebih skit..siapa boleh komen silakan...

Friday, June 6, 2008

12.pakaian

kita mestilah berpakaian bersih ke masjid ,kalau pakaian kita kotor akan menganggu jemaah yang lain.Kita juga hendaklah menutup aurat,lelaki tak boleh pakai seluar pendek dan perempuan pula kena pakai tudung.siapa ada idea silakan

Friday, May 30, 2008

11.politik

apa pandangan anda perbincangan isu politik di masjid.siapa sudi bagi pandangan silakan..jangan malu malu ya...

Monday, May 26, 2008

10.jamuan

mungkin lebih elok kalau masjid selalu adakan jamuan makan..fakir miskin boleh lah makan bersama..boleh juga dengan jamuan tu boleh eratkan lagi silaturrahim sesama kita..ada sebarang pandangan

9.kosong

kadang tu kita dapati jemaah sedikit je waktu sembahyang berjemaah..sedangkan masjid begitu besar.Kalau pasar malam sebelah masjid tu penuh sesak pula..kenapa semuanya terjadi.. salah siapa..untuk beri kritikan

8.berborak

di harapkan jangan lah berborak kosong di dalam masjid terlalu lama.. nanti mungkin ganggu insan yang sedang berzikir kan.. cakap lah yang penting je..ada nak tambah??

7.membazir

kalau guna air ,elektrik seperti kipas dan lampu..kena berjimat cermat ,jangan membazir..nanti bil masjid melambung tinggi.apa kata anda tentang topik ini

6.taman

biasanya ada taman di masjid..disitu ada pokok-pokok bunga dan bangku serta meja..untuk berehat.siapa ada pendapat lain silakan..

Sunday, May 25, 2008

5.berkunci

ada juga di dapati pintu pagar dan pintu masjid berkunci..sepatut nya tak perlu lah berkunci kan..nanti senanglah orang ramai dapat guna masjid sepenuhnya.sila komen ya

Saturday, May 24, 2008

4.kebersihan

masjid mestilah bersih..dari sampah sarap..tandas dan tempat ambil air sembahyang mestilah juga bersih..janganlah buangkan sampah di merata-rata dalam masjid ya..

3.kecurian

ada juga kecurian berlaku di masjid..spt kecurian kasut,jam tangan dan lain lain

Friday, May 23, 2008

2.wakaf

sepatutnya di sediakan satu wakaf di masjid..di gunakan untuk orang berehat atau pun untuk orang musafir..sila komen ya..

Wednesday, May 21, 2008

1.fungsi masjid

antara fungsi masjid adalah tempat sembahyang....selain tempat sembahyang..siapa boleh bagi pendapat lagi...