Monday, May 26, 2008

9.kosong

kadang tu kita dapati jemaah sedikit je waktu sembahyang berjemaah..sedangkan masjid begitu besar.Kalau pasar malam sebelah masjid tu penuh sesak pula..kenapa semuanya terjadi.. salah siapa..untuk beri kritikan

7 comments:

Gembala Kambing said...

Masyarakat sekarang berlumba-lumba untuk membuat masjid yang besar, indah tapi tak nak mengimarahkannya. Buatlahlah masjid terbesar dalam dunia sekalipun, binalah masjid dengan emas, dihiasi dengan permata, nilam ataupun zamrud, kalau tiada orang nak mengimarahkannya, sia-sia sahaja, segalanya hanya pembaziran dan untuk bermegah-megah.Masjid hanya sebagai lambang negara, tempat tumpuan perlancongan; waktu Jumaat baru penuh.

Yang sedihnya apabila tiang masjid lebih banyak daripada makmumnya. Sebaiknya pemimpin kita gunakan dana yang ada untuk menyemarakkan syiar Islam, berdakwah, menyuburkan Islam di hati rakyat bukan bermegah-megah dalam membina masjid yang belum pasti Allah redha atasnya.

Hmm, saya pun kadangkala terlalai untuk mengimarahkan masjid dan surau, astaghfirullah.

Anonymous said...

kdgkdg masjid besar tade gune.
masjid punyelah byk di dunia.
nk tgk satu msjd yg penuh pun ssh.
hmm.
sia sia.

CATZ said...

masjid penuh pada hari Jumaat sahaja. Mungkin kena buat sesuatu urk meramaikan org ke Masjid, tarik golongan muda umpamanya..

Sayang Saadiah said...

biasanya masjid2 yg BESAR ni, ikut pengalaman saya bersolat kat sana, kedudukan toilet dan tmpt wuduk agak jauh. sian nenek saya yg tua tu jln slow2. saya faham kedudukan tersebut kerana nak membesarkan ruang jemaah, tapi biasanya tak penuh pun, kecuali hari jumaat. cthnya terbaik masjid putra di putrajaya tu. malah tmpt parking cuma pentingkan kecantikan landscape, tak fikir kemudahan utk qariah masjid.

Soleh Google ☁️ 👓 📙 said...

Salam,
Bagi saya kalau masjid tu nak ramai pengunjung, masjid tu perlu sentiasa di bersihkan, agar orang ramai sentiasa tenang berada di sana.

Zulfadli said...

boleh tahu, apa maksud gambar telor tu?

aqil mubashshir nuruddin baharudin said...

salam ukuwah..ni sape ya..maaf la saya tak tahu...aqil