Friday, May 30, 2008

11.politik

apa pandangan anda perbincangan isu politik di masjid.siapa sudi bagi pandangan silakan..jangan malu malu ya...

33 comments:

nazims said...

Masjid tak patut di politikkan..kalau ada orang yang gunakan masjid untuk kepentingan politik...godam je mereka ni..

Unknown said...

hi wahh gila cepat cmmnt.
thanks anyway.
u can add me ms/fs ;
izzah_radhi@yahoo.com

Anonymous said...

ok..thanks

Faisal Admar said...

Tak patut. Masjid bukan untuk tempat berpolitik. Tak cukupkah di Parlimen jadi macam pasar? Kenapa tak buat di gereja? Kuil? Sebab tempat tu tempat suci? Jadi masjid tak suci? Orang Islam sendiri yang mengotorkan masjid. Wallahualam...

Dang Ijah said...

Akum... Ya betul tu, saya pun bersetuju dgn pndpt korg smua... Pdhal kita kan semua sda tau yg masjid ni tempat kita beribadah. Meskipun masjid adalah salah 1 tpt kita bermusyawarah, tapi bknnya pasal politik yg dibincangkan... Tentulah mengenai masalah muda mudi zaman skg yg kurang tahu ttg pendidikan keagamaan, tak pun kita bincang bagaimana hendak memperbanyakkan aktiviti amal yg melibatkan penggunaan Masjid sbg cth... Wallahualam...

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahamtullah,

Terima kasih sudi ke tempat saya...

Sungguh cantik koleksi gambar-gambar masjid di sini...

Foto diambil sendirikah?

Wasalam..

ezrazlin™ said...

masjid di politikkan..! penuh lah neraka camnih!

sheikhahrasheedah said...

tq 4 ur comment

budak cari hari said...

jika dahulu zaman rasulullah saw dan khulafa' rashidin,masjid juga merupakan pusat perbincangan dan pembelajaran.

apakah jenis perbincangan politik yg dimaksudkan?

perbincangan untuk kemajuan negara dan agama?
perbincangan untuk kepentingan peribadi?

jangan biarkan matlamat menghalalkan cara.

Budak Kampung Kita said...

saya rasa semua komen yang dibuat bukan berdasarkan pemahaman yang jelas terhadap politik. Mungkin anda hanya melihat politik mengikut pemahaman sendiri, saya sarankan anda cuba fahami politik.

Mohd Shubhi said...

Salah satu perkara yang di tekankan Islam ialah mengenai kepimpinan. Semua orang beriman tak dapat lari dari di soal kemudian hari tentang tugas-tugasnya sebagai pemimpin. Baik sebagai ketua keluarga, bos tempat kerja, ketua darjah, penghulu kampung, ketua menteri, DO, Perdana Menteri ....semua akan ditanya kelak.
Jadi kita perlu ilmu untuk pastikan kita selamat kelak. Kita juga perlu nasihat menasihati agar saudara kita juga selamat. Mengapa pula perkara seperti tersebut kita tidak mahu bincangkan atau sampaikan di Masjid...? adakah masjid tempat untuk bincang sah atau batal ibadat khusus saja...? Islam bukanlah agama sempit.

Che Shihabuddin said...

Saya bersetuju masjid dijadikan tempat utk berpolitik..saudara semua janganlah hnya memikirkan politik itu hnyalah berparti sahaja..politik itu luas dan islam memang bersangkut paut dgn politik..

Nabi SAW ketika membina masjid yg pertama didunia iaitu masjid Quba' dimadinah..apa yg baginda SAW lakukan??baginda SAW berusaha bersama sahabat2Nya utk membangunkan NEGARA ISLAM Madinah...apakah itu bukan berpolitik???

Islam itu syumul..ia termasuk semua perkara termasuk ibadat,munakahat,jinaayat,muamalat termasuklah politik..dan tidak ada satu dalil pun yg mengharamkan ummatnya berpolitik didalam masjid..sbb sememangnya semua ulamak mengakui bahawa islam sememangnya tak boleh dipisahkan dengan politik...

Che Shihabuddin said...

Saya bersetuju dgn saudara Rizalmat...janganlah hanya memikirkan politik dalam sudut yg sempit..

Islam itu Mudah...

Ada Dalina said...

x setuju...
masjid tmpt berdakwah...

nYomoT said...

Askum..Politik itu luas pengertiannya.Tidak salah mengadakan perbincangan berbentuk politik asalkan ia untuk kebaikkan,yang salahnya jika masjid dijadikan medan untuk mengutuk atau menghina orang lain.Masjid itu sendiri luas fungsinya,bukan sekadar tempat beribadat,tapi boleh menjadi tempat pembelajaran,tempat mengukuhkan ukwah dan silaturrahim.Kita perlu memahami apa itu politik dan apa fungsi masjid untuk memahami persoalan yang diutarakan.Jika untuk kebenaran,untuk kebaikkan umat islam seluruhnya,dimana salahnya,dimana tidak bolehnya?

Terimakasih letak link saya diblog kamu,saya pun letak link kamu diblog saya sebagai tanda terimakasih.

Faisal Admar said...

Salam.

Unknown said...

sy rasa,ramai anak muda sekarang yg sudah terpengaruh dengan sistem sekular,sehingga xboleh dibincangkan pasal politik di dlm masjid.sedangkan, pada zaman Rasullullah pentadbiran adalah di masjid,bkn lah di dlm masjid tetapi berdekatan dgn masjid. dan bermacam2 lagi aktiviti dilakukan di sekitar masjid. tujuannya adalah supaya umat Islam mudah menunaikan ibadah solah secara berjamaah. cuba tgk zaman sekarang, di negara kita apabila masjid semakin dipinggirkan,berapa ramai yg solat berjamaah di masjid apabila masuk waktu solat.
sebenarnya masjid itu sendiri yg dipolitikkan dan diharamkan oleh kerajaan padahal masjid itu rumah Allah yg sgt mulia. semua perbuatan kita yg kita buat kerana Allah dikira ibadah jd salah ker melakukan ibadah di masjid??
adakah masjid sudah jadi tempat pelancongan shaja seperti masjid Kristal yg x boleh diadakan solat jumaat?? macamana kita nk mengimarahkan masjid klu x boleh buat aktiviti kat masjid??
fikir2 dan renungankan lah

Zan said...

Saya tidak setuju dengan masjid atau lebih khusus dewan sembahyang di masjid2 dijadikan tempat perbincangan. Jika masih di dalam kawasan masjid dan di luar dewan, itu pada saya amat patut lah digalakkan asalkan tidak menimbulkan perpecahan di antara umat islam. Seandainya menimbulkan fitnah dan seterusnya perpecahan, maka patut di tegah sama sekali. Wallahua'lam

Anonymous said...

masjid tak patut dipolitikkan?macam saya cakap,saya bukannya orang yang pandai apatah lagi bijaksana.ttp saya hanya ingin memberi pandangan sebaik mungkin. masjid semmgnya tempat beribadah,ttp masjid juga menjadi satu tempat untuk menjalankan aktiviti berpolitik(politik sihat?). kita tentunya tidak mahu masjid jadi spt tempat2 ibadah agama lain. ada aktiviti ttp tidak blh berpolitik. jd apa pd tempat ibadah mereka? blh check dlm akhbar2 dan web,salah laku dan salah guna kuasa. kalo nak dibincangkan rasa nya kita kena faham APA ITU POLITIK. baru blh bincang dan beri comment. tak cukup space ni kalo diberi comment.

Gil Ra Im said...

tumpang komen..
setau saya, kita tak blh membicarakan hal duniawi dlm masjid. kelak nanti dikejar Huraisy.. huhu~

islam merangkumi semua aspek.. zaman Rasul SAW dulu, masjid juga dijadikan tmpat perbincangan. TAPI, klu politik Malaysia dibincangkan dlm masjid.. abes la.. adalah lebih baik wat ceramah bg kurangkan masalah sosial yg berleluasa kat Mesia ni.. Dah teruk sgt dah.. T_T

ixora said...

salam, dr pemahaman cetek sy, tak salah rsnyer berpolitik d masjid..sprti bbrp rakan blogger yg lain, sy berstuju 1st of all kiter perlu paham maksud politik dan setrusnyer isu yg diutarakan..

politik tidak kotor, tp manusia yg mengotorkan politik...wallahualam.

mohdzaidi said...

masjid tmpt segala kebaikan..klu x leh politik cam nak jaga kebaikan islam
tak kan nak perang kot..

Anonymous said...

Kat masjidlah tempat paling sesuai untuk bincang pasal politik. Baru politik yang dibincangkan itu tidak terkeluar dari landasan Islam. Politik sebenarnya tidak kotor. Ia hanya dituduh begitu kerana segelintir daripada kita takut unsur-unsur agama menyelinap ke dalamnya.

Begitu juga bagi yang bukan beragama Islam... Perkara politik harus dibincangkan di tempat ibadat masing-masing. Barulah politik yang dijunjung berpedomankan agama. Semua agama menyeru kepada kebaikan. Jadi tak mahukah kita kepada kebaikan itu...

Anonymous said...

Well, all I can say is. Im hungry.

CiK Santai said...

assalamualaikum w.w
bg sy, x sesuai la dgn keadaan zmn skrg...
kdg2 dgr tazkirah atau usrah pn x ckp ms, nak bincg politik sy rasa wasting time je.. tp tgk isi kdgn perbincgn jgk la...
klu hal poltk tu sesuai d bncgkn di masjid, rs nya boleh jg..

Sayang Saadiah said...

masjid adalah tmpt berkumpul dan sgt sesuai digunakan sbg tmpt perbincangan. berdakwah secara tidak langsung, menegur apa yg salah.. politik sihat, dan elakkan guna perkataan2 tak elok, pd pendapat sy patut digalakkan.
cuma elakka dari guna perkataan2 x elok & kutuk2, buat org pun rase berat hati nak pegi.

saya nk rujuk apa cik weeda tulis.. bwat ceramah utk kurangkan masalah sosial.(off topic jap), dari ceramah politik baik buat ceramah psl akhlak. bila ramai org dah berkumpul kat masjid, like, say, masa solat jumaat, masa tu baru ramai org yg nak dgr. baru la tujuan/isi ceramah tu sampai kat org ramai.

Anonymous said...

salam... saya tidak bersetuju dengan anda semua....yang menyatakan masjid bukanlah tempat politik.. ya klu anda2 semua ini mentafsirkan politik mengikut acuan barat.. tidakkah anda semua lupa yang Rasulullah s.w.t berdakwah dan mentadbir negara dimana?? bukankah pada zaman Rasulullah dahulu pusat pentadbiran di masjid, pusat pengajian ilmu di masjid, pusat politik di masjid.. adakah anda2 semua ini tidak tahu...klu bercakap gunalah fakta dan ilmu... saya mintak maaf bebanyak klu anda semua terasa.. tetapi ini adalah kenbenaran..

Mr Naim said...

Apa yang penting,Masjid dibina atas dasar Takwa itulah semulia-mulia disisi Allah....

Anonymous said...

salam..ya memng "masjid dibina atas dasar Takwa itulah semulia-mulia disisi Allah".... tp klu kita tidak menyapaikan perkara ini kpd semua umat islam,apalh gunanya kita sbg khalifah allah s.w.t. org yg tak tahu tentang politik di masjid mungking tidak thu selamanya dan mengangp satu perkara yg buruk, sedangkn terdapat hadis yg menyebut politik dlm msjid, dan nabi muhamad s.a.w sendiri berdakwah dan berbincang hal2 negara di dlm masjid ..

Wakmasnoor said...

Salam...

Membicarakan soal negara dan kepimpinan di dalam rumah allah, pernah juga dilakukan oleh para2 sahabat r.a...semasa dahulu. Ini juga adalah sebaik-baik tempat untuk mengambil berkah adalah di rumah allaw swt.

Apa yang membezakan antara yang dahulu dan sekarang, adalah POLITIK itu sendiri.

Dahulu politik adalah sebahagian AGAMA sebahagian UMAH. Sekarang politik bukan lagi politik yang dianjur para2 sahabat seperti dahulukala. Politik sekarang adalah politik yang lebih berpijak kepada dasar2 kemanusian termasuk kepentingannya. Maka apabila disebut manusia dan kepentingan MAKA faham2lah kita apa yang berlaku, bakal berlaku dan sudah tentu sukar untuk lari dari aspek2 yang menyentuh keperibadian dan kepentingan pihak yang lain.

Oleh itu, adalah WAJAR masjid tidak lagi digunakan bagi tempat membicarakan, menyuarakan dan mengkubrakan POLITIK. Kerana DIKHUATIRI akan lebih banyak keburukan dari kebaikkannya.

Sekian sahabat. W'salam...

That's me!! said...

thankz sbb link sy pnye blog...awk pnye blog btl2 mnrik....keep a good job

Aimi Syahirah said...

salamun alayk ~
;)
alhamdulillah sehat.

Anonymous said...

Pendapat ana.Fahami dulu pe makna Islam Syumul..dan adakah politik tu tak termasuk dalam salah 1 syariat Islam? Fikir-fikirkan..